Saturday, 12 January 2013

Cara Fatimah Az Zahra Memohon Maaf Kepada Suaminya

Assalamualaikum


Ketaatan Fatimah Az Zahra kepada suaminya Sayyidina Ali menyebabkan Allah subhanahu wa ta'ala mengangkat darajatnya. Fatimah Az Zahra tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya. Meski begitu, kemiskinan tidak menghalangi Fatimah Az Zahra untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan.

Pernah suatu hari, Fatimah Az Zahra telah membuat Ali terusik hati dengan kata-katanya. Menyadari kesalahannya, Fatimah Az Zahra segera meminta maaf berulang-ulang kali.

Melihat air muka suaminya tidak juga berubah, maka Fatimah Az Zahra berlari-lari seperti anak kecil mengelilingi Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu mohon untuk dimaafkan. Melihat tingkah laku Fatimah Az Zahra itu, tersenyumlah Ali dan lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedangkan suamimu Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyolatkankan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi nasihat kepada puterinya itu saat perkara ini sampai ke telinga Nabi SAW.

Begitulah yang ditetapkan Allah SWT mengenai kedudukan suami sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati di saat berhadapan dengan suami. Apa yang dilakukan Fatimah Az Zahra itu
bukanlah suatu kesengajaan. Semoga kita bisa mengambil hikmah dari kisah agung ini..

Adakah isteri zaman ini pernah meminta maaf apabila menyakiti hati suaminya ??

copypaste#
sharing is caring#

15 comments:

3no gr33ny said...

terkesan hamba dengan kisah ni..terima kasih

afisya afida said...

pertama kali smpai sini :) nyway fisya tak pernah baca kisah entry atas ni . thanks. bertambah ilmu di dada :)

Cik Bluewendy Wendy said...

T_T sweet sgt.. tapi takot klu suami tak maafkn..:(

Farah Waheda Wahid said...

selalunyer memang begitulah...isteri perlu minta maaf dari suami... redha suami tu yang penting...

Remy hazza said...

mendalam kisah tu........ betapa isteri perlu mentaati suami....

PeRdU cINta said...

kadangkala kita terleka..kerap terlupa..sentiasa alpa..tak kira masa..ringankan mulut pinta diampun segala khilaf..

Nadia Johari said...

memg sush nak cr wanita seperti fatimah zaman sekarng

✖BossKucing✖ said...

nice info. .thankss. .moga kta semua mncontohinya. :)

meraungtaktentupasal said...

smge mjd seperti siti fatimah ea..he

Ummi Iman said...

Buat salah kenalah minta maaf

Syazana Zainn said...

nice info, walaupon belum kaweng tp akan cuba dipraktikkan :)

hainom OKje said...

Hadoi Iman..... gi mana ni mau menjadi sepertii Fatimah...hu..hu...

nuyui a.k.a miss YUI said...

sukar nak cri skg ni..

p/s: Wanhazel yg edit blog yui =__=

Kesuma Angsana said...

moga jadi panduan untuk semua kaum2 isteri zaman ini

Mar Haini Abdul Rahim said...

semoga kt dpt mencontohi Fatimah dlm berbakti kpd suami jg kpd ayahnya, Sallahu 'Alaihi Wasallam :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...